Team-Force
Team-Force

Team Force - The Ultimate Machine

WELCOME To Team-Force Official forums,pls follow the rules and enjoy the forums.

You are not connected. Please login or register

OPS Putrajaya & Cyberjaya

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

1 OPS Putrajaya & Cyberjaya on Wed May 12, 2010 1:12 am

Sky Toro

avatar
President
President
Salam 1 Malaysia dan TEAM-FORCE Cool

Untuk makluman semua, *** dengan kerjasama semua Agensi Penguatkuasa iaitu PDRM, RELA dan PPJ akan melaksanakan penguatkuasaan bersepadu "OPS PATUH PUTRAJAYA" di seluruh Putrajaya dan Cyberjaya dalam masa terdekat ini.

Operasi penguatkuasaan ini melibatkan aktiviti sekatan jalan raya, penyamaran dan sebagainya. Semua jenis kesalahan akan diambil tindakan terutama yang melibatkan kesalahan meletak kenderaan, 7 jenis kesalahan yang menyebabkan kemalangan dan 2 jenis kesalahan yang menyebabkan kematian.

Berikut adalah hebahan penguatkuasaan bersepadu tersebut untuk tindakan lanjut tuan/puan.

OPS PATUH PUTRAJAYA!

Dalam menjadikan "Putrajaya - Bandaraya Contoh", penguatkuasaan bersepadu oleh ***, PPj, PDRM dan RELA akan dilaksanakan di seluruh Putrajaya dan Cyberjaya dalam masa terdekat ini.

Sewaktu penguatkuasaan bersepadu dilaksanakan:

Kenderaan boleh disita kerana kesalahan meletak kenderaan, tiada lesen kereta motor, memandu tanpa lesen dan pemandu di bawah umur.
Saman akan dikeluarkan terhadap 7 jenis kesalahan yang menyebabkan kemalangan dan 2 jenis kesalahan yang menyebabkan kematian:-

7 jenis kesalahan yang menyebabkan kemalangan:

i. Memotong barisan
ii. Memotong di garisan kembar
iii. Tidak mematuhi lampu isyarat merah
iv. Menggunakan lorong kecemasan
v. Memandu secara bahaya (guna telefon bimbit semasa memandu tanpa alat bebas tangan)
vi. Cermin gelap
vii. Lain-lain kesalahan

2 jenis kesalahan yang menyebabkan kematian:-
i. Tidak memakai topi keledar
ii. Tidak memakai tali pinggang keledar

Oleh itu, semua warga Putrajaya dan Cyberjaya diseru untuk mematuhi peraturan lalulintas bagi mengelakkan tindakan undang-undang diambil.

Kami pohon kerjasama tuan/puan untuk membuat hebahan kepada semua warga kementerian/jabatan/agensi tuan/puan.

Sekian, terima kasih.

“Kualiti Dijulang Prestasi Terbilang"
“Memartabatkan Akauntabiliti Membudayakan Integriti"

Ismawati Mohd Shah
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perdana Menteri
020410


_________________
View user profile http://www.team-force.forum2u.com

2 Re: OPS Putrajaya & Cyberjaya on Wed May 12, 2010 12:45 pm

leongty

avatar
Official Member
Official Member
wah like tat i cant drive 120km/j at putrajaya dy lo.


_________________
TF-013
Team-Force.

View user profile http://team-force.forums2u.com

3 ...... on Wed May 12, 2010 2:47 pm

Sky Toro

avatar
President
President
leongty wrote:wah like tat i cant drive 120km/j at putrajaya dy lo.

yup...
always got block there,so we don go there again lah Cool


_________________
View user profile http://www.team-force.forum2u.com

4 Re: OPS Putrajaya & Cyberjaya on Wed May 12, 2010 7:19 pm

leongty

avatar
Official Member
Official Member
i ned leh. this sunday ned go dengkil visit my younger bro, cause he attending NS there.


_________________
TF-013
Team-Force.

View user profile http://team-force.forums2u.com

5 Re: OPS Putrajaya & Cyberjaya on Thu May 13, 2010 10:28 am

dah habis OPS geng... dia sampai 30/04/10 hari tu....

View user profile

6 ...... on Thu May 13, 2010 9:38 pm

Sky Toro

avatar
President
President
KESK|N KN|GHT wrote:dah habis OPS geng... dia sampai 30/04/10 hari tu....

so,sampai tarikh tu dah habis OPS ke? Rolling Eyes


_________________
View user profile http://www.team-force.forum2u.com

Sponsored content


View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum