Team-Force
Team-Force

Team Force - The Ultimate Machine

WELCOME To Team-Force Official forums,pls follow the rules and enjoy the forums.

You are not connected. Please login or register

PERATURAN DAN ETIKA BERKONVOI

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

1 PERATURAN DAN ETIKA BERKONVOI on Wed May 12, 2010 1:08 am

Sky Toro

avatar
President
President
PERATURAN DAN ETIKA BERKONVOI

Konvoi berkereta di bahagikan kepada empat bahagian:
* Pilot Car
* Marshall
* Sweeper
* Kereta Peserta

Pilot Car / Lead Car
1. Lead Car harus lah menentukan had kelajuan sesebuah konvoi, dan harus sentiasa beringat tentang jarak dan bahawa ada kereta jauh di bahagian belakang sesebuah konvoi.
2. Kerap memerhati melalui cermin sisi memastikan bahawa semasa konvoi kereta tidak jarak terlalu jauh.
3. Jika menempuh terlalu banyak lampu isyarat, Ia patut berhenti di sesuatu tempat yang selamat dan tidak menggangu lalu lintas sementara menunggu untuk mengumpulkan konvoi semula.
4. Sentiasa memberikan isyarat jika menukar arah.
5. Memberitahu konvoi di mana akan berlepas dan berhenti atau konvoi disediakan dengan peta.

Sweeper
1. Sentiasa berhubung pandang dengan kereta Lead (Jika Perlu).
2. Menggunakan hubungan 2 hala (Walkie Talkie) untuk menghubungi Kereta Lead.
3. Jika Kereta Lead memberikan isyarat memotong kepada kereta lain. Biarkan kereta yg tidak dalam konvoi unutk memotong dalam keadaan selamat di samping tidak menganggu konvoi.
4. Hubungi kereta Lead jika kereta di belakang ingin bergerak laju dalam sesuatu keadaan kecemasan.

Marshall
1. Berada di tengah2 semasa konvoi.
2. Akan keluar dari konvoi (atau boleh berada di mana2 untuk memastikan konvoi dalam satu kumpulan.
3. Membantu konvoi berjalan lancar di suatu persimpangan.
4. Memastikan konvoi tersusun.

Kereta Peserta
1. Tidak di benarkan memotong kecuali jika ada kecemasan.
2. Memerhatikan kereta lead jika ingin memotong (gunakan isyarat)
3. menjarakkan antara kereta di depan dalam keadaan selamat dan selesa
4. Tidak membiarkan kereta di hadapan terkeluar dari susunan.
5. Flash kan lampu jika ada kecemasan.

1) Perkara Am
Sebelum berkonvoi Buat pemeriksaan ke atas kereta anda spt memasti kan semua minyak cukup , tekanan tayar dan lain2 dalam keadaan baik. Datang ke tempat permulaan konvoi dan sentiasa dengar penerangan yang diberikan tentang perjalanan dan destinasi konvoi tersebut. Sentiasa bersedia untuk berlepas dengan minyak yang cukup di dalam tangki kereta anda. Jika anda ingin mengubah haluan ke tempat lain atau ingin mengakhiri konvoi dapat lah sekiranya memberitahu kereta Lead, Marshall atau petugas yang lain. Ini supaya tidak mengelirukan peserta yang lain yag mmungkin menyebabkan mereka akan mengikuti peserta yang tidak menyertai konvoi dalam sesuatu keadaan.

2) Menyalakan lampu
Semasa waktu siang nyalakan lampu kecil dan lampu fog anda.
Semasa waktu malam nyalakan headlight dan fog light anda.
Ini akan memberitahu kepada pengguna yang lain apa yang terjadi. Peserta lain dapat mengenali anda dengan menyalakan lampu serta tahu bahawa anda dalam konvoi yang sama.Ini memudahkan Jika salah seorang peserta konvoi dalam kecemasan ( memberhentikan/memperlahankan kereta maka anda dapat melihat dan mengesahkan itu ada lah salah seorang peserta konvoi dengan menggunakan cermin sisi.

3) Jangan mengekori di belakang kereta terlalu dekat
Jangan mengikut kereta di hadapan terlalu dekat dan dengan kelajuan yang maksima. Ini amat lah merbahaya. Sentiasa pastikan anda di jarak yang selesa dan selamat.

4) Membenarkan kenderaan Lain Mencelah
Selalunya , Peserta di dalam konvoi tidak membenarkan kenderaan mencelah atau memasuki susunan konvoi. Walau bagaimana pun konvoi sebenarnya membenarkan kenderaan lain keluar masuk dari susunan konvoi. Kebiasaannya kenderaan bukan peserta suka mengugut , menakut nakutkan peserta di dalam konvoi atau inginkan keistimewaan mungkin kerana pandangan pemandu yang tidak jelas dan ingin kan jalan yang tiada gangguan. Peserta konvoi haruslah mempunyai sikap sabar dan timbang rasa untuk membiarkan mereka memotong, melepasi konvoi kita dalam sesuatu keadaan yang sukar. Seharusnya dengan begitu konvoi kita teratur dan tidak mendatang kan emosi sekaligus dapat mengelakkan kejadian yang tak diingini.

5) Kereta Lead sentiasa bertanggungjawab memastikan kelajuan.
Ia adalah amat sukar tetapi amat mudah untuk membiarkan peserta memecut kelajuan dengan sesuka hati. Ini kerana di dalam konvoi ada berbagai sikap pemandu dan jkemampuan kereta peserta. Tidak di nafikan akan adanya yang berkata konvoi terlalu laju atau terlalu perlahan. Cuba pastikan kereta anda masih di dalam susunn konvoi tanpa mengganggu lalulintas yang lain. Ini dapat mengurangkan atau tidak ada potong memotong antara satu sama lain semasa berkonvoi. Ini adalah sikap peserta sendiri bertanggungjawab memastikan kereta di belakang , di sisi berada dalam susunan.Jika kereta di belakang perlahan. Pasti kan peserta tidak meninggalkan kereta terlalu jauh ( perlahan kan juga kenderaan anda). Maka konvoi tidak akan terputus. Jangan memecut laju dan meninggalkan
Susunan konvoi untuk keselesaan memecut atau cuba mengikuti, mencabar kenderaan lain yang cuba mengganggu konvoi. Adalah lebih baik membiarkan kenderaan itu berlalu dan anda kembali kepada susunan konvoi.

6) Berlaku Kecemasan atau Masalah.
Jika ada berlaku masalah atau kecemasan, tiada sesiapa peserta konvoi berhenti melainkan kereta SWEEPER sahaja. Sweeper akan memastikan keadaan terkawal dan konvoi haruslah meneruskan perjalanan sehingga suatu tempat yang dibenarkan berhenti dan selamat. Ini kerana satu susunan konvoi jika berhenti juga untuk memberikan pertolongan ( atas sikap ingin menolong) mudah mengundang kemalangan terutama di jalan yang sibuk.

7) Tenang
Kadangkala tidak semua seperti yang dirancangkan akan sukses. Kebiasaannya peserta di dalam konvoi mengharapkan atau menjangkakan sesuatu yang baik dan menggembirakan untuk agenda2 yang dirancang apabila sampai ke destinasi. Adalah amat penting untuk peserta dalam keadaan sabar , tenang, selesa dan sedia menghadapi kemungkinan seperti perjalanan menjadi lambat kerana kesesakan lalulintas dan tergelincir dari jadual sebenar.

Keluar / masuk Lebuhraya
Ada yang menggunakan Touch N Go , Tag dan tunai. Walau apa cara sekalipun anda membayar sentiasalah memperlahankan kenderaan anda dan berhenti di belakang kereta Lead di tepi dan menhidupkan lampu hazard (double signal). Jangan keluar daripada kereta. Tunggu sehingga semua berada di susunan semula (SWEEPER akan memastikan susunan ini) . Matikan double signal dan berikan signal perlahan lahan masuk ke lane perlahan unutk meneruskan perjalanan.

9) Memotong
Memotong adalah dibenarkan pada keadaan yang selamat dan tidak melanggar undang2 jalanraya. Jangan memotong pada garisan berkembar atau tidak pasti keadaan jalan dari arah bertentangan. Dalam sesuatu konvoi jika peserta atau kenderaan bukan peserta ingin memotong, biarkan ia memotong dan anda jangan terlalu rapat dengan kereta hadapan dan menyebabkan kereta yang memotong anda dalam keadaan yang bahaya


_________________
View user profile http://www.team-force.forum2u.com

2 Re: PERATURAN DAN ETIKA BERKONVOI on Wed May 12, 2010 11:31 am

whitesatan

avatar
Vice President
Vice President
so at lease we need another 3 more cars lor to be complete....


_________________
TF-002 TEAM FORCE

THE FORCE IS STRONG

MIKU HATSUME

IMPERIALS SUCKS

View user profile

3 Re: PERATURAN DAN ETIKA BERKONVOI on Wed May 12, 2010 12:32 pm

aver27

avatar
Official Member
Official Member
thanks for sharing

View user profile

4 Re: PERATURAN DAN ETIKA BERKONVOI on Wed May 12, 2010 12:44 pm

leongty

avatar
Official Member
Official Member
thanks for the information, nw get wat it mean dy.


_________________
TF-013
Team-Force.

View user profile http://team-force.forums2u.com

5 Re: PERATURAN DAN ETIKA BERKONVOI on Wed May 12, 2010 1:21 pm

Guest


Guest
thx sky sharing out...now get the mean d

6 Re: PERATURAN DAN ETIKA BERKONVOI on Wed May 12, 2010 2:46 pm

Sky Toro

avatar
President
President
Tq...but pls no do chit chat here,cz is serious topic.Tq again... Cool


_________________
View user profile http://www.team-force.forum2u.com

Sponsored content


View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum